Want your
own Fotopage?






 
Abdullah's FotoPage

By: Imran Abdullah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 27-Jun-2008 01:36 Email | Share | Bookmark
Madinah al-Munawwarah, Makkah al-Mukarramah - Kenangan terindah

Masjidil Nabawi destinasi kita lepas breakfast - 26 Mei 2008
jom jln ramai2 ke Masjid Nabi
berkumpul sblm taklimat bermula
dengar taklimat dr mutawwif Saudi
Makkah Gate entrance to Masjidil Nabawi
Makkah Gate....closer
lamp post di perkarangan Masjid Nabi
ceiling di Masjidil Nabawi yg boleh terbuka
permaidani merah...semua mcm VIP di Masjid Nabi
lampu dlm Masjidil Nabawi
interior 1
interior 2 - jln masuk ke Raudah
interior 3
interior 4
interior 5
interior 6 - one of my fav photo
interior 7
interior 8
interior 9
interior 10
Ust Wan Akashah...in action
khusyuknya Humairah, sampai tersenget ddk dgr tazkirah
bapak tua, abah Shahril, Hadi kun...doa apa tu?
Masjid Qubah
berfoto dgn rakan2 serombongan di Bukit Uhud
pasar di bukit uhud
kedai di ladang kurma...kenyang makan kurma;)
masijid nabawi akan dibesarkan lagi
masjid nabi - exterior
exterior 2
exterior 3
exterior 4
exterior 5 - subuh akhir
Bir Ali - tmpt bermiqat juga ada tarikan tersendiri
unik menara masjid Bir Ali ni
Koridor di Masjid Bir Ali
otw ke Mekah
Hadi paling excited tgk pemandangan padang pasir
jln masuk ke Gate 1 Masjidil Haram - subuh pertama
Gate 1
closer
First pix of Kaabah
Entrance to Kaabah from King Abdul Aziz Gate
Baitullah
jln to King Fahd Gate 1
jln to King Fahd Gate 2
waktu yg paling kurang tetamu spjg 10 hr kat sana
kejap je, selang bbrp minit dataran kian ramai
closer look
dah ramai
ablution b4 Al Maghreb
in front of King Abd Aziz Gate opposite Zam Zam Tower
the gate...yet again
and again, but a little closer this time
Al Maghreb di Al Haram
after Isya'
ziarah ke Jabal Thur
berfoto dgn jemaah Destinasia-Jelita di Jabal Thur
ziarah ke Jabal Rahmah...Padang Arafah
Camel ride anyone???
jomlah ustaz....jgnlah segan
sporting betul ustaz
bebudak ni rosak program je, langsung tak nak naik unta
jom makan aiskrim arab...Mimi Ana belanja
bermiqat lg utk umrah kali ke2
Saudi - Mutawwif yg cukup komited
ladang ternakan unta
Hadi luv baby camel
jom minum susu unta
lucu camel ni
bermiqat lg utk umrah kali ke3
King Fahd Gate....tgh construction
Kaabah...baru smlm pg mimpi lg
last pix...insyaAllah dijemput lg
Hmm, ramai tak tau ni, tp saja nak share, kebetulan sehari sebelum berangkat ke Jeddah, kami sambut our 9th aniversary (ikut tahun hijrah). Kiranya kembara agung bersama keluarga ni hadiah ulangtahun perkahwinan kami utk satu sama lain.

Ntahlah, dah lama gak balik dr sana, tp kami masih rindukan dan termimpi-mimpi ketenangan Masijidil Nabawi dan kekaguman Baitullah di Makkah al-Mukarramah. Kaguman dan ketenangan yang tak mungkin diperolehi di mana jua pelusuk dunia. Mmg mengakulah blm lagi jalan abis 1 dunia, tp kalau nak banding Masjidil Nabawi dan Kaabah dengan Eiffel Tower, Arch deTriomphe, Tokyo Tower, Gembaku Dome, KL Tower , Petronas Twin Tower , Buckingham Palace, Taj Mahal dll, mmg tak terbandinglah, mmg jauh panggang dr bara api.

Byk tak byk tp pernah gaklah ke London, Phnom Penh, Frankfurt, Stutggart, Amsterdam, Rotterdam, Hague, Delhi, Tokyo, Nara, Kyoto, Hiroshima, Luxembourg, Brussels etc...tp ketenangan dan kekaguman Madinah al Munawwarah dan Makkah al-Mukarramah mmg tiada tandingannya. Tak caya pegilah sendiri.

Bila balik ni mcm2 soalan org tanya, pasal makan minum, tmpt penginapan, kesesakan, cuaca, sakit-penyakit dll. Alhamdulillah pengalaman kami sekeluarga semua ok, biasalah kalau ada sikit2 masalah, lumrah.

1. Makan minum - semua sedap, mmg selera je. Balik sini baru realised naik berat sampai dekat 3 kg, my wife pun sama gak. Budak2 lagilah hepi dpt bedal apa je berbanding di Paris yg byk makanan di luar yg tak boleh makan. Hidangan paling BEST...masa last lunch kat Madinah....sambal goreng tempe, asam pedas, sambal terung dll...mmg berselera btl, esp aku dgn Hadi kun. Masa kat Mekah pun makanan semua sedap mmg kena dgn selera, on Friday, 30th May...alamak nasi beriyani, ayam masak merah...memang kick. tgk semua makan licin selicin licin nyer Ada gak makan luar, bukan sbb boring makan di hotel tp lebih kpd merasa makan Arab....sedap...semuanya sedap dari Ayam Broast, Donut, Cheese Cake, Caramel Puding, Nasi Beriyani, Burger King dll....mmg no problem at all. Hmm lupa, jus2 kat sana mmg sedap...of courselah yg paling BEST dpt minum zam zam setiap kali kita nak minum...alhamdulillah.

2. Penginapan - kat Madinah (Andalus Plaza) cukup bagus , just 4 -5 mins walk to Masjidil Nabawi. Kat Mekah (Zahret Shams) kena jln sikit around 12 mins walk....BAGUS gak dpt pahala lebih berjalan kaki ke Masjidil Haram, insyaAllah. Although 12 minit, tak rasa pun mcm org katalah jauh perjalanan luas pandangan.

3. Kesesakan - biasalah, tapi taklah sesesak bas mini no 25 kat Kg Pandan dulu . Kalau dah beratus ribu org tak bersesak mmglah tak sah, tp tak susah payah pun biasa2 je. Rasanya semua paham memahami ant satu dgn yg lain, maklumlah dtg sana utk buat ibadah bukannya nak marathon ke, nak lari 100 meter ke. Pokoknya semua hormat menghormati, kalau ada yg tertolak ke, terlangkah ke tersenggol ke, kiranya resam biasa bila masing2 bekejar utk dptkan pahala ibadah. SABAR kunci segalanya

4. Cuaca - panas a bit, tp taklah sampai tak boleh tahan, rasa ok je, masuk je Masjidil Nabawi dan Masjidil Haram, rasa panas terus surut, nyaman dan tenang. Kalau takut panas, tak yah balik ke hotel atau shopping , terus je beribadat kat masjid2 suci ni. Bila balik Paris ni rasa pelik pulak, baru degree naik 32 darjah Celcius, kita dah rasa kepanasan, kat sana naik sampai 42 degree...masih selamba je Hadi, Amirah, Nadia, Umi Mai dan aku berjubah...pelik, pelik.

5. Sakit - Ada ke patut kita takut sakit bila gi sana??? Alah kat mana pun kalau dah nak sakit ,sakit gak, bukan Mekah Madinah jd tmpt berhimpunnya penyakit...salah sgt andaian tu. Macam ajal jugak, kalau dah sampai masa dlm istana ke dalam ofis ke, semua boleh kalau dah sampai janji. Respek tgk org2 yang berumur wp pun keadaan fizikal kurang ampuh masih ttp gagahkan diri beriibadah kepadaNya....kalau kita yg muda ni masih berdolak dalik....ntahlah, kita patut malu. Alhamdulillah kami sihat walafiat. Balik hari tu, ada yg tanya...eh u tak batuk ke, tak selsema ke, tak sakit mata ke, tekak tak pedih ke dll....ntah kami mmg sihat, SYUKUR. Yg lagi pelik dah balik Paris seminggu baru kena sakit mata, ada org tu laju je kata "ooo u kena sakit mata ni mesti jangkit dari Mekah"....giler punya org. Saya kata, "alah dah seminggu balik baru kena takkan Mekah puncanya, lgpun mmg pernah sakit mata mcm ni masa br2 sampai paris dulu" terus senyaplah geng tu...nama pun manusia

Byk pengalaman menarik, antara yg tak boleh lupa :-

1. Masa seminggu sblm Ramadhan 1428 H, jatuh kat tangga stesen LRT Paris, kena bandage 4 minggu, sejak tu tiap kali sembahyang masa duduk ant duduk sujud mmg tak boleh ddk betul, caya tak caya, sampai je Masijidil Nabawi masa nak sembahyang jamak ta'khir Maghrib Isyak....tetiba je boleh duduk dgn sempurna. Mmg terperanjat, tak pernah terfikir atau bermimpi tetiba disembuhkan, setelah 8 bulan tak dpt ddk ant dua sujud dgn sempurna. Teringat terjemahan surah ar-rahman "nikmat Allah manakah yg ingin kamu dustakan " SUBHANALLAH.

2. Sememangnya sblm pergi umrah, kami tak terfikir kepayahan atau cabaran bila bawa 3 budak kecik ni, tp on my last day tetiba ada senior officer tanya kat one of my staff, katanya "eh...mcmana tu Imran nak pergi dgn anak2 dia yg kecik tu, tak susah ke?' Bila staff tu bg tau barulah kami terpikir, tp taklah pikir sesgt sbb org kata dah everything ready takkan nak undur diri...mmg pantang. Tapi alhamdulillah, segalanya berjalan AMAT2 lancar, tak de masalah langsung2. Budak2 hepi sepjg masa, sebaik shj tiba di Jeddah sehinggalah masa kami berangkat pulang. Ada jemaah puji kata bagus anak2 u ni....tp rasanya mmg Allah swt permudahkan bukan hanya utk kami sekeluarga tapi jugak utk kesekelian jemaah yg bersama...mungkin juga sbg pemangkin pada semua yg ada bercadang membawa anak2 kecik bersama beribadah.

3. Paling tak boleh lupa, pengalaman bertawaf slps Maghrib, dalam hujan pada hari Rabu, 4 Jun 2008. According to mutawwif, dah setahun Mekah tak hujan, samalah dgn apa yg Dato' Dr Malek cite, katanya sejak dia menetap 10 bulan di Jeddah, belum lg jumpa hujan. Ibuk pun cakap dlm bbrp kali dtg ke Mekah, sejak kali pertama pada tahun 1973 (I was then, just a cute little 3 years old boy ) inilah kali pertama experience hujan di Masjidil Haram, insyaAllah rahmatlah buat kita semua yg berada di bumi Mekah masa tu. Yg tambah menarik, ramai jemaah yang berpusu2 utk ke mandi/minum air yang terpancur keluar dari Pancuran Emas di Hijir Ismail....of courselah di tahan/dilarang leh guard Kaabah...lagi pun difahamkan perbuatan tu bidaah. Tp yg menarik, keadaan bersesak masa bertawaf sunat dlm hujan tu membuktikan betapa ramai umat Muhammad saw yg sebenarnya begitu cintakan Baitullah.

Byk lagi, tp yg jelas, bila kat sana kita sedar betapa tipisnya iman kita, betapa kurangnya pengorbanan kita, tak yahlah nak bandingkan dgn Rasulullah dan para sahabat, kita tgk je jemaah lain yg dtg beribadah dr Bangladesh, India, Pakistan, Sri Lanka, Afrika....ada yg cukup daif, dtg naik bas/van keadaan kenderaan yg kurang selesa, penginapan yg cukup2 sederhana, makanan yg kurang terjaga...but yet, dorang ni dtg persembahkan diri utk beribadah di tanah suci...kita ni dlm semua serba lengkap dan selesa, kekadang masih tangguh menangguh utk ke sana, dan sampai sana pulak macam2 komplen, bila balik dr sana bercite pulak benda yg kurang baik sehingga menakutkan muslim lain utk ke sana....macam mana kita ni sebenarnya...ntahlah fikir2kanlah.

Teringat kata2 seorang geng, "i bukan tak nak tp i belum di jemput agaknya"...betul kot, tp saya yakin sebenarnya kad jemputan semuanya Allah dah siapkan utk semua hambanya cuma Allah mungkin belum kirimkan kepada kita....selagi kita tak berusaha mendapatkan jemputanNya. Maknanya, kalau kita mmg tak berminat nak pergi, atau sengaja melengah2kan atau memberi byk dalih dsbnya, mungkin Allah kirimkan kad jemputanNya kpd yg lebih bersedia, wallahualam. teringat sorang bos lama, katanya "Im, kita ni kalau dah simpan duit di tabung haji dan niat gi mekah, tapi kita kuarkan duit tu utk urusan dunia, mmg jawabnya lmbt sikitlah peluang kita pegi ke mekah". Mmg btl apa yg beliau kata, I experienced it myself...tak yah citelah, alhamdulillah dijemput juga walau sedikit lewat.

Lagi satu, ada gak tanya ok ke, susah ke, tak takut ke, tak sakit kaki ke, tak penat ke , tak kena rempuh ke, dll soalan, tp jawapan saya mudah "KALAU BAPAK SAYA YG BERUSIA LEBIH 76 TAHUN BOLEH BERTAWAF LAGI BERSAIE DAN ANAK KECIL SAYA YG BERUSIA KURANG 3 TAHUN JUGA BOLEH BERTAWAF DAN BERSAIE....TAKKANLAH KITA YG SIHAT WALAFIAT NI NAK RISAU TAK TENTU PASAL, INSYAALLAH SEGALANYA AKAN DIPERMUDAHKANNYA JUA"

So geng semua....bila lagi, in short, mmg bermakna our 9th Wedding Anniversary . Hopefully dpt tunaikan haji cepat2,,,,doakan ye. Opss sblm lupa thanks to IbuBapak, Mama Jo, Raihanah, Muhsin, Ustaz Wan Akashah, Pak Engku Abd Rahman, Mutawwif Saudi, Azuar Hussin, Zulhasny Zulkifli, Iskandar BDHA,dan ramai lagi atas segala-galanya. Last but not least PRAISE TO ALLAH.

panjangnye essei ko tulis wai. boleh buat articels utk majalah keluarga nie. insyallah aku akan ke mekah lagi nanti buat umrah. Wed 1-Oct-2008 13:19
Posted by:jati


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.