Want your
own Fotopage?






 
Abdullah's FotoPage

By: Imran Abdullah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Thursday, 2-Oct-2008 20:44 Email | Share | | Bookmark
Nice dan Monaco - vacation b4 Ramadhan

otw...to Nice
lunch break kejap
Hadi as usual - fond of all sort of leaves
Hadi kepenatan....otw nak tgk jambatan
Tak sempat posing dorang 2 ni
with Amirah n Nadia
Umi, Amirah n Nadia
Hadi just refused to be in the photo - height phobia sebenarnya
first pix of Nice city
View all 21 photos...
Hmm, sori lama tak update blog, ni ada gambar kami berziarah ke Nice dan Monaco. Mmg best, esp berkenalan dgn Pak Arab - Farid namanya, cukup baik, jarang sgt jumpa org sebaik dia. Nice dan Monaco mmg cantik,wp Paris experienced cool summer, Nice cukup panas, mcm kat Msia.

Selamat hari raya aidilfitri , Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga.... Sun 19-Oct-2008 09:38
Posted by:ainizakri ainizakri@yahoo.com
hey bro... i gonna give u awards for your fp... do visit my blog to check what is it... Fri 24-Oct-2008 02:59
Posted by:sid
Add comment


Sunday, 27-Jul-2008 09:09 Email | Share | | Bookmark
HAPPY 3rd. BIRTHDAY - NADIA AFIQAH - 21 Julai 2008

napa masam sgt ni Bday girl...lapar ke???
Last Monday 21 July we celebrated our third child - Nadia Afiqah
Nadia nak letak lilin Snow White ni sendiri...
Happy Bday Nadia...kata kakak Amirah
umi tlg Nadia potong kek ni ok
Nadia potong sendirilah
View all 102 photos...
Monday 21 July we celebrated our third child - Nadia Afiqah's 3rd Bday . Although ambik cuti, tak buat apa2 pun just kami sekeluarga je, tu pun Nadia dah happy sgt2 . Bangun pagi je potong kek, pas tu gi Eurodisney the whole family dgn Kak Yuni sekali. Untung kali ni byk attraction yg sebelum ini tak pernah berkesempatan tengok, kali ni dapat, antaranya Pirates of the Carribean, Pooh Peformance, Disney Studio Tram, etc. Mmg njoy kali ni . Balik dah lewat mlm sampai jam 9, so the next day, baru bukak present, dpt mcm2 gak dari Umi, Bapak, Hadi, Amirah, Kak Yuni, Zarina & Farid . Hadiah paling berharga rasanya dr keluarga di KL dan Spore yg awal2 dah call/sms ucapkan bday dan doakan Nadia jd anak yg solehah. Thanks.

It's good to know that kau sekeluarga happy and healthy... Ingat lagi tak kat kami di M'sia nih... Banyak perubahan jgk, antaranya Azidi was arrested in Ramadhan, Ruhil dah bersalin, Zalina dah bukak bakery.. Azuar dah Haji... Whatever it is, really miss you Salam untuk Farah dan anak2 yea.. (wife kau nama Farah kan??? aku pun ingat2 lupa...) Izzat, Adnan, Allysa, Adlynna, Amilya, Ainuddin & Amani Tue 7-Oct-2008 09:16
Posted by:Izat shahrizad70@gmail.com
La...Ijad, pe kabar kau dgn Adnan, anak2 sihat ke? Alhamdulillah, aku ok je, wife aku (Maisarah) pun kirim slm kat kau, dia yg perasan komen kau ni, aku sibuk sgt skrg ni. Hari Sabtu ni pun aku kat conference, ni curi masa kjp Pasal perkembangan geng2 tu mmg aku ikuti gak, except si Ruhil. Azuar aku ada call dia bulan Mei lepas sblm aku sekeluarga gi umrah, Ina pun ada gak aku call, masa tu dia dgn husband dia kat Stockholm. Kak Ma pun ada aku contact. Ijad, do keep in touch...kau bila lg nak sambung PhD Sat 11-Oct-2008 14:14
Posted by:Imran imranabdu@yahoo.com  - [Link]
Aku dan family baik2 aje.. Aku dengar kau buat Haji, Alhamdullilah.. aku doa kan haji mabrur untuk kawan aku sorang nih.. So, Sarah pegi tak??? Whatever, it is... semoga kau and family sihat dan bahagia selalu hendaknya. Nan sampaikan salamnya pada korang . Agak-agak PhD kau siap bila??? Lepas tuh lah aku buat.. PhD Mat Nan bagi kat aku pun tak siap2 'thesis"nya.. Bagi aku bernafas lah dulu dua tiga tahun nih... Keep in touch Wed 5-Nov-2008 05:44
Posted by:Izat shahrizad70@gmail.com
View all 6 comments Add comment


Tuesday, 22-Jul-2008 20:00 Email | Share | | Bookmark
End of the year Amirah's Class Choir - 28 Jun 2008

Amirah was among the first student to arrived that morning
baru 3,4 org dtg...mana yg lain ni???
ok dah mula ramai
View all 15 photos...
Hmm, ni pun sama surat kabar lama. As usual, just b4 Amirah tutup sekolah for summer break, sekolah dia buat group class choir...mcm2 lagu dorang nyanyi....semua best2 tp satu pun kita tak faham sbb nyanyi semua dlm bahasa Perancis. Amirah fahamlah, tp bila kita mintak dia citekan balik maksud lagu tu dia buat tak tau je. Nway BRAVO Amirah

Lagi satu, tema pakaian utk choir tahun ni ialah biru putih, tgklah dari bebudak, cikgu2 sampailah mak bapak semua pakai biru putih...katanya warna2 summer breeze....

Care to comment?


Sunday, 20-Jul-2008 21:24 Email | Share | | Bookmark
ISP Grade One Poetry Fair- 26 June 2008

Hadi with his Poetry Book
Worderful Whales class
semua bebudak akan layan tetamu yg dtg tgk poetry book dorang
View all 9 photos...
Another flashback. On the 26th June, sekolah Hadi (ISP) buat pulak Poetry Day. Hadi siap kena buat poetry, unfortunately again tak dapat join...sian Hadi, commented "Bapak u`re not fair, u never come to my school activities , why u never come to my activities but always present at Amirah's school activities" . Mcmana ye nak fahamkan bebudak kecik mcm ni, sian, but as always kejap je Hadi ni merajuk, bapak dia peluk2 je...cairlah Hadi, nama pun anak bapak . Jom tgk poetry fair dia.

Care to comment?


Sunday, 20-Jul-2008 20:33 Email | Share | | Bookmark
Billy the Bus

the bus
00:00
where is my Hadi boy?
00:00
which one ni, tak nampak pun anak bapak
00:00
View all 8 photos...
Ni pun sama gak, cite lama, foto2 ni my wife, Mai yg ambik masa ada persembahan Billy the Bus where our son - Hadi took part in the ISP Grade 1 end of the year performance. Rasa terkilan gak sbb tak dpt sama2 tgk...susah sikit sbb the performance was held during office hours, takkan nak tinggalkan ofis pulak, nanti ye Hadi, next time bapak join, insyaAllah.

Care to comment?


Saturday, 19-Jul-2008 06:34 Email | Share | | Bookmark
Amirah's Exposition - 14 Jun 2008

jalan masuk ke ruang pameran pun dihiasi Morrocon gate
Creative corner kelas Amirah
jom cari mana Amirah punya art work
View all 26 photos...
Ni kiranya surat kabar lama, sampai dr Mekah, the very next day 7 Jun ada Msian Family Day, tp kita semua tak join...nak berehat sikit, bukan sbb letih gi Mekah Madinah tp lebih kpd letih sbb stranded for about 10 hours kat Riyadh airport.

The next weekend pulak, on the 14 Jun ada art and craft exhibition kat sekolah tadika Amirah. Kita pergi ramai2, bebudak njoy tgk bebenda mcm ni, kita yg tua pun mcm tak caya tgk art work yg budak2 buat ni, kreatif btl bebudak ni, rajin cikgu2 ni ngajar. Jom tgk exhibition.

Care to comment?


Friday, 27-Jun-2008 01:36 Email | Share | | Bookmark
Madinah al-Munawwarah, Makkah al-Mukarramah - Kenangan terindah

Masjidil Nabawi destinasi kita lepas breakfast - 26 Mei 2008
jom jln ramai2 ke Masjid Nabi
berkumpul sblm taklimat bermula
View all 74 photos...
Hmm, ramai tak tau ni, tp saja nak share, kebetulan sehari sebelum berangkat ke Jeddah, kami sambut our 9th aniversary (ikut tahun hijrah). Kiranya kembara agung bersama keluarga ni hadiah ulangtahun perkahwinan kami utk satu sama lain.

Ntahlah, dah lama gak balik dr sana, tp kami masih rindukan dan termimpi-mimpi ketenangan Masijidil Nabawi dan kekaguman Baitullah di Makkah al-Mukarramah. Kaguman dan ketenangan yang tak mungkin diperolehi di mana jua pelusuk dunia. Mmg mengakulah blm lagi jalan abis 1 dunia, tp kalau nak banding Masjidil Nabawi dan Kaabah dengan Eiffel Tower, Arch deTriomphe, Tokyo Tower, Gembaku Dome, KL Tower , Petronas Twin Tower , Buckingham Palace, Taj Mahal dll, mmg tak terbandinglah, mmg jauh panggang dr bara api.

Byk tak byk tp pernah gaklah ke London, Phnom Penh, Frankfurt, Stutggart, Amsterdam, Rotterdam, Hague, Delhi, Tokyo, Nara, Kyoto, Hiroshima, Luxembourg, Brussels etc...tp ketenangan dan kekaguman Madinah al Munawwarah dan Makkah al-Mukarramah mmg tiada tandingannya. Tak caya pegilah sendiri.

Bila balik ni mcm2 soalan org tanya, pasal makan minum, tmpt penginapan, kesesakan, cuaca, sakit-penyakit dll. Alhamdulillah pengalaman kami sekeluarga semua ok, biasalah kalau ada sikit2 masalah, lumrah.

1. Makan minum - semua sedap, mmg selera je. Balik sini baru realised naik berat sampai dekat 3 kg, my wife pun sama gak. Budak2 lagilah hepi dpt bedal apa je berbanding di Paris yg byk makanan di luar yg tak boleh makan. Hidangan paling BEST...masa last lunch kat Madinah....sambal goreng tempe, asam pedas, sambal terung dll...mmg berselera btl, esp aku dgn Hadi kun. Masa kat Mekah pun makanan semua sedap mmg kena dgn selera, on Friday, 30th May...alamak nasi beriyani, ayam masak merah...memang kick. tgk semua makan licin selicin licin nyer Ada gak makan luar, bukan sbb boring makan di hotel tp lebih kpd merasa makan Arab....sedap...semuanya sedap dari Ayam Broast, Donut, Cheese Cake, Caramel Puding, Nasi Beriyani, Burger King dll....mmg no problem at all. Hmm lupa, jus2 kat sana mmg sedap...of courselah yg paling BEST dpt minum zam zam setiap kali kita nak minum...alhamdulillah.

2. Penginapan - kat Madinah (Andalus Plaza) cukup bagus , just 4 -5 mins walk to Masjidil Nabawi. Kat Mekah (Zahret Shams) kena jln sikit around 12 mins walk....BAGUS gak dpt pahala lebih berjalan kaki ke Masjidil Haram, insyaAllah. Although 12 minit, tak rasa pun mcm org katalah jauh perjalanan luas pandangan.

3. Kesesakan - biasalah, tapi taklah sesesak bas mini no 25 kat Kg Pandan dulu . Kalau dah beratus ribu org tak bersesak mmglah tak sah, tp tak susah payah pun biasa2 je. Rasanya semua paham memahami ant satu dgn yg lain, maklumlah dtg sana utk buat ibadah bukannya nak marathon ke, nak lari 100 meter ke. Pokoknya semua hormat menghormati, kalau ada yg tertolak ke, terlangkah ke tersenggol ke, kiranya resam biasa bila masing2 bekejar utk dptkan pahala ibadah. SABAR kunci segalanya

4. Cuaca - panas a bit, tp taklah sampai tak boleh tahan, rasa ok je, masuk je Masjidil Nabawi dan Masjidil Haram, rasa panas terus surut, nyaman dan tenang. Kalau takut panas, tak yah balik ke hotel atau shopping , terus je beribadat kat masjid2 suci ni. Bila balik Paris ni rasa pelik pulak, baru degree naik 32 darjah Celcius, kita dah rasa kepanasan, kat sana naik sampai 42 degree...masih selamba je Hadi, Amirah, Nadia, Umi Mai dan aku berjubah...pelik, pelik.

5. Sakit - Ada ke patut kita takut sakit bila gi sana??? Alah kat mana pun kalau dah nak sakit ,sakit gak, bukan Mekah Madinah jd tmpt berhimpunnya penyakit...salah sgt andaian tu. Macam ajal jugak, kalau dah sampai masa dlm istana ke dalam ofis ke, semua boleh kalau dah sampai janji. Respek tgk org2 yang berumur wp pun keadaan fizikal kurang ampuh masih ttp gagahkan diri beriibadah kepadaNya....kalau kita yg muda ni masih berdolak dalik....ntahlah, kita patut malu. Alhamdulillah kami sihat walafiat. Balik hari tu, ada yg tanya...eh u tak batuk ke, tak selsema ke, tak sakit mata ke, tekak tak pedih ke dll....ntah kami mmg sihat, SYUKUR. Yg lagi pelik dah balik Paris seminggu baru kena sakit mata, ada org tu laju je kata "ooo u kena sakit mata ni mesti jangkit dari Mekah"....giler punya org. Saya kata, "alah dah seminggu balik baru kena takkan Mekah puncanya, lgpun mmg pernah sakit mata mcm ni masa br2 sampai paris dulu" terus senyaplah geng tu...nama pun manusia

Byk pengalaman menarik, antara yg tak boleh lupa :-

1. Masa seminggu sblm Ramadhan 1428 H, jatuh kat tangga stesen LRT Paris, kena bandage 4 minggu, sejak tu tiap kali sembahyang masa duduk ant duduk sujud mmg tak boleh ddk betul, caya tak caya, sampai je Masijidil Nabawi masa nak sembahyang jamak ta'khir Maghrib Isyak....tetiba je boleh duduk dgn sempurna. Mmg terperanjat, tak pernah terfikir atau bermimpi tetiba disembuhkan, setelah 8 bulan tak dpt ddk ant dua sujud dgn sempurna. Teringat terjemahan surah ar-rahman "nikmat Allah manakah yg ingin kamu dustakan " SUBHANALLAH.

2. Sememangnya sblm pergi umrah, kami tak terfikir kepayahan atau cabaran bila bawa 3 budak kecik ni, tp on my last day tetiba ada senior officer tanya kat one of my staff, katanya "eh...mcmana tu Imran nak pergi dgn anak2 dia yg kecik tu, tak susah ke?' Bila staff tu bg tau barulah kami terpikir, tp taklah pikir sesgt sbb org kata dah everything ready takkan nak undur diri...mmg pantang. Tapi alhamdulillah, segalanya berjalan AMAT2 lancar, tak de masalah langsung2. Budak2 hepi sepjg masa, sebaik shj tiba di Jeddah sehinggalah masa kami berangkat pulang. Ada jemaah puji kata bagus anak2 u ni....tp rasanya mmg Allah swt permudahkan bukan hanya utk kami sekeluarga tapi jugak utk kesekelian jemaah yg bersama...mungkin juga sbg pemangkin pada semua yg ada bercadang membawa anak2 kecik bersama beribadah.

3. Paling tak boleh lupa, pengalaman bertawaf slps Maghrib, dalam hujan pada hari Rabu, 4 Jun 2008. According to mutawwif, dah setahun Mekah tak hujan, samalah dgn apa yg Dato' Dr Malek cite, katanya sejak dia menetap 10 bulan di Jeddah, belum lg jumpa hujan. Ibuk pun cakap dlm bbrp kali dtg ke Mekah, sejak kali pertama pada tahun 1973 (I was then, just a cute little 3 years old boy ) inilah kali pertama experience hujan di Masjidil Haram, insyaAllah rahmatlah buat kita semua yg berada di bumi Mekah masa tu. Yg tambah menarik, ramai jemaah yang berpusu2 utk ke mandi/minum air yang terpancur keluar dari Pancuran Emas di Hijir Ismail....of courselah di tahan/dilarang leh guard Kaabah...lagi pun difahamkan perbuatan tu bidaah. Tp yg menarik, keadaan bersesak masa bertawaf sunat dlm hujan tu membuktikan betapa ramai umat Muhammad saw yg sebenarnya begitu cintakan Baitullah.

Byk lagi, tp yg jelas, bila kat sana kita sedar betapa tipisnya iman kita, betapa kurangnya pengorbanan kita, tak yahlah nak bandingkan dgn Rasulullah dan para sahabat, kita tgk je jemaah lain yg dtg beribadah dr Bangladesh, India, Pakistan, Sri Lanka, Afrika....ada yg cukup daif, dtg naik bas/van keadaan kenderaan yg kurang selesa, penginapan yg cukup2 sederhana, makanan yg kurang terjaga...but yet, dorang ni dtg persembahkan diri utk beribadah di tanah suci...kita ni dlm semua serba lengkap dan selesa, kekadang masih tangguh menangguh utk ke sana, dan sampai sana pulak macam2 komplen, bila balik dr sana bercite pulak benda yg kurang baik sehingga menakutkan muslim lain utk ke sana....macam mana kita ni sebenarnya...ntahlah fikir2kanlah.

Teringat kata2 seorang geng, "i bukan tak nak tp i belum di jemput agaknya"...betul kot, tp saya yakin sebenarnya kad jemputan semuanya Allah dah siapkan utk semua hambanya cuma Allah mungkin belum kirimkan kepada kita....selagi kita tak berusaha mendapatkan jemputanNya. Maknanya, kalau kita mmg tak berminat nak pergi, atau sengaja melengah2kan atau memberi byk dalih dsbnya, mungkin Allah kirimkan kad jemputanNya kpd yg lebih bersedia, wallahualam. teringat sorang bos lama, katanya "Im, kita ni kalau dah simpan duit di tabung haji dan niat gi mekah, tapi kita kuarkan duit tu utk urusan dunia, mmg jawabnya lmbt sikitlah peluang kita pegi ke mekah". Mmg btl apa yg beliau kata, I experienced it myself...tak yah citelah, alhamdulillah dijemput juga walau sedikit lewat.

Lagi satu, ada gak tanya ok ke, susah ke, tak takut ke, tak sakit kaki ke, tak penat ke , tak kena rempuh ke, dll soalan, tp jawapan saya mudah "KALAU BAPAK SAYA YG BERUSIA LEBIH 76 TAHUN BOLEH BERTAWAF LAGI BERSAIE DAN ANAK KECIL SAYA YG BERUSIA KURANG 3 TAHUN JUGA BOLEH BERTAWAF DAN BERSAIE....TAKKANLAH KITA YG SIHAT WALAFIAT NI NAK RISAU TAK TENTU PASAL, INSYAALLAH SEGALANYA AKAN DIPERMUDAHKANNYA JUA"

So geng semua....bila lagi, in short, mmg bermakna our 9th Wedding Anniversary . Hopefully dpt tunaikan haji cepat2,,,,doakan ye. Opss sblm lupa thanks to IbuBapak, Mama Jo, Raihanah, Muhsin, Ustaz Wan Akashah, Pak Engku Abd Rahman, Mutawwif Saudi, Azuar Hussin, Zulhasny Zulkifli, Iskandar BDHA,dan ramai lagi atas segala-galanya. Last but not least PRAISE TO ALLAH.

panjangnye essei ko tulis wai. boleh buat articels utk majalah keluarga nie. insyallah aku akan ke mekah lagi nanti buat umrah. Wed 1-Oct-2008 13:19
Posted by:jati
Add comment


Saturday, 7-Jun-2008 10:33 Email | Share | | Bookmark
KEMBARA AGUNG 2008

B4 departure - sempat budak2 ni main dgn Uncle Jais.
otw - dlm flight 2 Jeddah
Hadi sure ddk dgn bapaklah...as always
View all 106 photos...
Tak terkata seronoknya kami sekeluarga selama 2 minggu berada di Jeddah, Madinah dan Mekah memenuhi jemputan sebagai tetamu Allah untuk beribadat di kedua-dua kota suci berkenaan.

Diari ringkas kembara :-

Kembara kami bermula pada 23 Mei di Jeddah. Thank you very much to Dato' Dr Malek Shah Mohd Yusoff, my former boss yg kini berkhidmat di Islamic Develepment Bank. Org hebat mcm Dato' Dr ni cuma Allah swt je balas segala budi baik beliau. Usaha beliau jemput kami di King Abdul Aziz Airport, cari hotel terbaik for all 5 of us di Al-Hyatt Continental Hotel, dinner di restoran Padang, Jeddah by nite tour, umrah's tip, dll, mmg cukup2 kami hargai. My only regret tak sempat jumpa beliau sblm berlepas pulang ke Paris. Anyway, thanks ye Dato'.

24 Mei - jln2 di sekitar area Balard di Jeddah. On our own since Dato' bekerja hari ni. Best dpt makan Big Mac, Nugget dll kat Mc D, kat Paris mana oleh makan semua ni. Ptg beli pulak ayam goreng Al-Baik, sedap lg sedap dr KFC. Mlm, after Isya', Dato' jemput kami semua dr hotel makan kat restoran Padang...byk betul dia order, sampai kami terduduk kekenyang...sedap. Pas tu Dato' ajak jln2 sekitar Jeddah, area AL-Hamra, Corniche, Balard, Red Sea, tgk World's Tallest Fountain...puas pusing2 dgn kawan Dato - Mr Syed.

25 Mei - group pakej umrah Destinasia dgn kerjasama Jelita dr KL tiba di Jeddah lewat ptg. Budak2 seronok jumpa Baba, Bapak tua, Mimi Ana, Abah Shahril dan Humairah, sbb dah genap setahun tak berjumpa. Amirah terus lekat dgn Baba Yam, Hadi jumpa Abah Shahril dia terus lupa kat bapak dia sekejap. Dari Jeddah kami terus ke Madinah, otw stop kat Ruhily...for dinner, lepas tu sambung perjalanan, stop pulak kat area Fateeh, utk relaks kejap. Tiba di Madinah dah after Isya', check in di Plaza Andalus Hotel, only 4-5 mins walk to Makkah Gate entrance to Masjidil Nabawi.

28 Mei gerak ke Mekah dr Madinah, stop kat Bir Ali utk niat ihram umrah. Sampai Mekah jam 10.00 mlm terus check in kat Zahret Sham Hotel, pas tu terus buat umrah.

5 Jun lepas Isya' kami berlepas dr Mekah ke Jeddah, flight berlepas pulang Paris melalui Riyad pada 6 Jun jam 1.25 pagi. Sampai Riyad, problem pulak....stranded 9 jam kat King Khaled Airport bukan silap airline or airport, dpt tau kat Paris Airport yg problem sbb tgh strike...mmg betul rupanya, bila sampai Paris jam 5.15 ptg, nak tunggu beg pun lambat...siap dorang buat anouncement mintak maaf. Tapi alhamdulillah, bila brg sampai everything went on smooth. Abg Jais dan Farid fetch us at the airport, balik rumah pulak Kak Ina dan Yuni dah siap masak2 utk dinner. Alhamdulillah, dorang ni kami mmg anggap mcm sedara dah...harap2 nanti tercapai jugak hasrat dorang ni nak beribadah di Baitullah....insyaAllah.

Pasal experience kat sana - well there's a saying - a picture worth a thousand words, tp pengalaman menjadi tetamu di masjid tertua di dunia (Makkah al-Mukarramah) dan Madinah al-Munawarrah tempat berkembangnya Islam mmg tak boleh di ungkap dgn kata2, niether words nor pictures/photos could describe the experience. Pendek cerita semua org kena lalui sendiri pengalaman tu, baru boleh faham apa yg org2 yang pernah ke sana rasakan. PELIK lagi AJAIB, disebalik segala kesederhanaan tempat penginapan, makan minum, persekitaran, pakaian, dll, kami rasa segalanya cukup2 lengkap...not a single complain...alhamdulillah. Mungkin mmg berkat jd tetamu Allah.

Tambah best, bila dpt berkenalan dgn ramai jemaah dr Msia dr group yg sama...mmg semua tak cerewet langsung, jemaah2 Msia dan Spore dr group lain, jumpa Amy Search, di Masjidil Nabawi, Rosyam Nor dan juga Tok Guru Nik Aziz di Makkah al-Mukarramah. Jumpa gak geng kerja - Suhaimi di Masjidil Haram, dgn tak disangka-sangka. Dapat pulak kawan baru Mr Sagil Rohoman - petugas di hotel Mekah yg cukup2 baik hati dan rapat dgn Amirah. Ntah bilalah dpt jumpa semua, insyaAllah esok2, sapa tau...betul tak?

Bg yang bakal ke sana, cuma 1 pesanan, cuba penuhkan ilmu2 sebanyak mungkin sblm melangkah menjadi tetamu Allah dan Rasul. Ingat bukan senang nak jd tetamu Allah swt, bayangkan persiapan kita kalau nak penuhi jemputan di istana2 raja...sure macam2 persiapan dr segi ilmu, kesihatan, pemakaian dll di rencana dan di atur sebaik mungkin sebelum ke istana raja, inikan pulak nak ke Baitullah, sepatutnya lebih sempurna persediaan kita. Kalau nak tips serta panduan, I welcome u guys to email me personally. Sendiri pun bukannya pandai, tp ada tip2 dr kawan2, adik beradik, Ustaz Wan Akashah (yg turut serta dlm Kembara Agung kami), serta dari mutawwif kami di sana - Ustaz Saundi.

Sorrylah tak byk foto Madinah, Mekah di sertakan, sbb ada byk restriction - mmg tak di benarkan bergambar di Masjidil Nabawi dan Masijidil Haram. Gambar yg ada pun diambil secara berhati2. Gambar dgn famili dr KL pun tak byk sbb bz sgt masing2 dgn program tersendiri, bila berjumpa pulak terlupa nak ambik gamabr, bila teringat, kamera pulak tak bawak...ada je. Kalau nak tgk gambar yg lebih eksklusif, insyaAllah Jelita akan publish soon.

Akhir kata, mmg kami harap sgt dapat ke sana lagi, the sooner the better. Doakan ye.

Nice photos and good reflection of what happen. Alhamdullillah, syukur kerana dapat bersama dalam kembara, mudah2an dgn izin Allah kita akan dapat bersua kembali Wed 18-Jun-2008 09:37
Posted by:Tengku Ab Rahman tengkuabrahman@gmail.com
Syukur, Alhamdulillah, dapat berkunjung ke Kota Suci doa2kan agar kami sekeluarga pun akan dapat berkunjung ke sana juga, InsyaAllah Fri 20-Jun-2008 02:19
Posted by:Pondok Al Imran  - [Link]
perjalanan.....yg menarik ... Fri 20-Jun-2008 04:06
Posted by:Jamal_KL jack_photographer@yahoo.com  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Wednesday, 21-May-2008 22:15 Email | Share | | Bookmark
Persiapan ke Kembara Agung

NadiAmirah
Amirah 1
Nadia 1
View all 8 photos...
A picture worth a thousand words.

Amirah dengan Nadia paling excited, sampai x sabar2, berkali-kali tanya bila nak pergi. Tengoklah gambar2 dorang berdua, bukan main cute sekali. Oklah, utk semua sedara mara serta dan rakan2 fp, doakan kami ye, maaf bebyk kalau ada silap salah, kita jumpa kembali di ruangan fp selepas 6 Jun nanti.

alhamdulillah seronoknya.. semoga dipermudahkan segala urusan.
comel amirah & nadia...
Wed 28-May-2008 22:42
Posted by:~Anis~  - [Link]
Im, Shah tanya bila nak upload gambar-gambar di Mekah dan Madinah? Wed 11-Jun-2008 13:17
Posted by:Ummi Cta cta@iiu.edu.my  - [Link]
Im, Shah tanya bila nak upload gambar-gambar di Mekah dan Madinah? Wed 11-Jun-2008 13:19
Posted by:Ummi Cta cta@iiu.edu.my  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Saturday, 17-May-2008 13:53 Email | Share | | Bookmark
HOME SWEET HOME II

Bapak, Hadi & Amirah...don't play play
Hadi kun dgn game boy...like 4ever
our petit salon...entertainment place for the kids
View all 73 photos...
Saja je nak share dgn sedara mara foto gelagat budak2 kat rumah di Paris. We love the place very much. Am sure, mesti Mimi Ana, Mama Mel, Haleem, Uya dll nak dtg sini, lepak2 duduk tgk Eiffel Tower, river Seine....while watching the time goes by . Jom dtg sementara kita kat sini ok.

Hmm...entry kali ni mmg byk betul gambar, 73 foto semuanya, mmg sengaja letak banyak2 sbg pengubat rindu esp to Nani Jo as well as, Mama Mel/Pak Ateng, Ariff/Tante Yanti, Mamat, Uya, Jabbar dll since, we'll be away from Paris dari 23 Mei hingga 6 Jun, mengikuti program anjuran bersama majalah Jelita. Kalau sempat sblm pergi bermusafir tu, akan di upload lagi foto2 persiapan kami sebelum ke Kembara Agung ...insyaAllah, doakan ye semua

Last but not least dlm entry ni sempat ambik foto rainbow kat Eiffel, teringat lagu lama yg bunyi liriknya - "if happy little bluebirds fly beyond the rainbow...why oh why can't I" Jom semua lets FLY AWAY

cantiknya baju nadia, beli kat mana tu? banyaknya ruang dlm rumah tu... teringin nak pegi tapi rasa2nya mcm dlm mimpi aje............... Tue 20-May-2008 06:09
Posted by:najua mdazham@gmail.com
cantik betul lah rumah u & kawasan nya.... aman damai je rasa nya kan. Gambar rainbow & tower tu memang best. Nnti kan kedatangan kame ke PAris soon Tue 20-May-2008 22:41
Posted by:Niza et Sofia, London  - [Link]
u have nice a house wai and wonderful family.. emm.. bestkan. jeles aku hahaha.. tak apa wai.. mula mula sorang dulu.. . kene kerja keras lah hahahha... Wed 21-May-2008 06:16
Posted by:pakyaq  - [Link]
View all 4 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.